Sunday, March 24, 2013

Pengumuman pengecatan 23 blok Flat Jalan Mayang Pasir di Bayan Baru





Kerajaan Negeri menerusi program HAPPY atau Housing Assistance Programme Penang YES! 10% dan Penang Development Corporation atau PDC(80%), 10% oleh penduduk dan YB Pantai Jerejak Sim Tze Sin akan membelanjakan RM1.5 juta untuk mengecat semula 17 Blok Flat Jalan Tengah yang mengandungi 850 unit dan 5,000 penghuni serta 6 Blok Flat Mayang Pasir sebanyak 300 unit dan 1,000 penghuni.

Kedua-dua flat ini dibina oleh PDC 30 tahun yang lepas dan PDC telah bersetuju untuk menampung 80% daripada kos pengecatan untuk flat rumah kos rendah yang dibina olehnya. Menerusi program HAPPY kerajaan negeri bersedia menyumbang 10% dan baki 10% akan dipertanggungjawabkan oleh penduduk dan ADUN tempatan YB Sim Tzen Zin. 
 
Ia juga menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri PR untuk membawa perubahan kepada kehidupan penduduk flat rumah kos rendah supaya mereka dapat hidup bermaruah menerusi program HAPPY yang mempunyai dana RM50 juta.

No comments: